Wednesday, November 3, 2010

Amalan untuk Perkongsian Kita Bersama kawan2..:)

Amalan Untuk Perkongsian Bersama

..أعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ.. بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

❝Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam..❞
❝Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..❞

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa² saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.

Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas, kemudian bacalah surah Al-Ikhlas [sebanyak 3 kali] :

قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ۝اللَّهُ الصَّمَدُ۝لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ۝وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ۝

Katakanlah (Wahai Muhammad), (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa۝ Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat۝ Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan۝ Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya۝

Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.

Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
❝ Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. ❞
(Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby)

Rasulullah SAW pernah bertanyakan kepada sahabatnya:
❝ Siapakah antara kamu yang dapat khatam Quran dalam jangka masa dua-tiga minit? ❞
Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Umar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Quran dalam begitu cepat.
Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Umar
bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu)tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.
Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.

Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 juzuk kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 juzuk Al-Quran.

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: 
❝ Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada setiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 1,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah
Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata 
mereka: 
"Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami 
berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan." ❞

Sabda Rasulullah SAW lagi:
❝ Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya 
قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, 
اللَّهُ الصَّمَدُ itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, 
لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, 
وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s. ❞

Wallahu a'alam..



☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: 
❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ 
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.








Fb notes:mari kita berpesan2 semuaa..:)
Amin...


:)

1 orang baik hati:

LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...